Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi Allah memberi izin kepada kita untuk menyempurnakan Ramadhan. Bagi diri ini, terasa sedikit kesal kerana tiada pengisian yang secukupnya sepanjang Ramadhan. Semoga Allah menerima ibadah-ibadahku sepanjang Ramadhan ini dan memanjangkan umurku agar dapat ku temu Ramadhan yang akan datang.
Sempena kehadiran Syawal yang mulia, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam dan memohon ampun dan maaf di atas segala dosa dan salah silap. Halalkan segala makan minumku. Semoga kita menyambut ketibaan Syawal dengan penuh kesyukuran.
No comments:
Post a Comment